TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation of Nature (IUCN) Green List.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Datuk Peter Lebar @ Peter Lintar berkata, pencapaian berkenaan merupakan antara perkembangan paling signifikan sepanjang sedekad pewartaan taman marin terbesar negara itu.

“Selepas 10 tahun diwartakan, TTM bukan sahaja berjaya memperkukuhkan pemuliharaan biodiversiti marin, malah mula mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

“TTM kini memasuki Fasa Penilaian IUCN Green List selepas semua dokumen justifikasi dan sokongan dihantar menerusi sistem COMPASS.

“Ini merupakan satu pencapaian besar kerana IUCN Green List adalah antara pengiktirafan tertinggi dunia bagi keberkesanan pengurusan kawasan perlindungan,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Pewartaan Ke-10 Taman Tun Mustapha: Sedekad Konservasi di Dewan Tun Mustapha, pada Khamis.

Tambahnya, pencalonan tersebut secara tidak langsung membuktikan usaha konservasi marin di Sabah kini berkembang daripada perlindungan sumber kepada pengurusan taman yang lebih moden dan tersusun.

“Antara kekuatan utama TTM ialah keupayaan menggabungkan konservasi marin dengan pembangunan komuniti pesisir secara serentak.

“Konservasi tidak boleh bergerak sendiri tanpa penglibatan masyarakat setempat, sebab itu pendekatan Zon Kegunaan Komuniti (ZKK/CUZ) diperkenalkan bagi memastikan komuniti turut menjadi sebahagian daripada pengurusan kawasan taman.

“Pendekatan ini membuka ruang kepada penduduk pesisir supaya terlibat secara langsung dalam latihan pemantauan marin, restorasi karang, pelancongan komuniti serta program pembangunan kapasiti,” jelasnya.

Menurut Peter, Kampung Tajau Laut di Kudat kini menjadi antara contoh terbaik model komuniti konservasi marin di Sabah apabila berjaya berkembang sebagai lokasi pelancongan komuniti, hasil penglibatan aktif penduduk dalam program pemuliharaan terumbu karang.

Dalam pada itu, katanya, TTM turut memperkukuhkan kedudukannya di peringkat serantau apabila didaftarkan di bawah CTMPAS Category 3 sebagai “Priority Development Sites” di bawah Coral Triangle Initiative (CTI).

“TTM juga sedang melaksanakan penilaian kendiri sebagai persediaan ke arah pencalonan CTMPAS Category 4 “Regional Flagship Site”, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam rangkaian kawasan perlindungan marin di rantau Coral Triangle.

“Jika berjaya, ia akan mengangkat Sabah sebagai antara model pengurusan marin penting di rantau ini,” kongsinya.

Dalam perkembangan sama, Peter berkata, program restorasi terumbu karang menggunakan kaedah Modular Artificial Reef System (MARRS) yang dilaksanakan tahun lalu turut mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi program penanaman fragmen karang terbesar negara.

“Pencapaian ini membuktikan usaha konservasi marin di Sabah kini bukan sahaja memberi tumpuan kepada perlindungan biodiversiti, tetapi turut membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti melalui sektor ekopelancongan.

“Tanggungjawab memelihara laut bukan hanya terletak kepada kerajaan atau agensi tertentu, tetapi memerlukan kerjasama semua pihak termasuk komuniti, NGO, institusi akademik dan rakan strategik.

“Perkembangan ini juga dilihat mampu meletakkan Sabah sebagai peneraju baharu pengurusan konservasi marin negara menerusi pendekatan pengurusan berasaskan sains, teknologi dan penglibatan komuniti pesisir pantai,’’ ujarnya.

Tambahnya lagi, TTM turut memperkukuhkan kerjasama dalam operasi penguatkuasaan bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan dan Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi membanteras aktiviti pengeboman ikan dan kegiatan tidak lestari di kawasan taman.

Selain itu katanya, penggunaan teknologi seperti Geographic Information System (ArcGIS) dan aplikasi Spatial Monitoring and Reporting Tool (SMART) kini membantu meningkatkan keberkesanan pemantauan marin serta pengurusan data saintifik di kawasan perlindungan berkenaan.

Related Posts

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

KUCHING – Agensi penguatkuasaan digesa untuk memperhebatkan usaha membanteras pengedaran dadah sintetik dan kegiatan perjudian dalam talian yang didakwa kian berleluasa dan berselindung di sebalik operasi kedai runcit 24 jam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan

ADUN Tellian cadang kuarters baharu Mukah dikongsi bersama penjawat awam Persekutuan