Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

ALOR SETAR – Sebilah pisau ‘rambo’ yang disyaki digunakan seorang ejen hartanah untuk menikam seorang ibu tunggal di dalam kereta di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini Ahad lalu berjaya ditemukan di kawasan sawah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pisau sepanjang kira-kira enam inci itu ditemukan di dalam sawah kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

“Dua hari lepas kita menjumpai senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di dalam sawah, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. Kita jumpa selepas dipandu arah oleh suspek sendiri.

“Jadi, ini adalah sesuatu yang positif untuk siasatan polis dalam kes ini,” katanya pada sidang akhbar sempena Pelupusan Barang Kes Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan kes seorang wanita berusia 35 tahun yang juga ejen hartanah cedera ditikam kenalan lelaki di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah kira-kira pukul 9.19 malam, Ahad lalu.

Suspek berusia 32 tahun yang berjaya diberkas kira-kira empat jam selepas kejadian kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, katanya, keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

“Saya dimaklumkan mangsa sudah menjalani pembedahan akibat kecederaan teruk itu dan masih lemah namun stabil,” jelasnya.

Related Posts

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

KUCHING – Persetujuan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan meluluskan Fasa 1 Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai Zon Perdagangan Bebas menandakan satu pencapaian strategik yang signifikan bagi Sarawak.   Timbalan Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

KUCHING – Mengambil pendekatan serampang dua mata, kerajaan Sarawak kekal komited memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, namun berpendirian teguh dalam memastikan hak pembangunan serta keistimewaan negeri di bawah Perjanjian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

Kelulusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Samalaju perkukuh ekonomi Sarawak – Awang Tengah

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

Harga bahan api naik minggu ini, RON95 tanpa subsidi cecah RM4.07

Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

Sarawak kekal hubungan harmoni dengan Persekutuan, terus tegas tuntut hak MA63

Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

Pisau ‘rambo’ 6 inci tikam leher ibu tunggal ditemui dekat sawah

Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

Kerajaan Sabah terus fokus pembangunan Tongod menerusi SMJ – Hajiji

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara