Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

MIRI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri menahan sebuah kapal tunda bersama dua tongkang selepas dipercayai gagal mematuhi peraturan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dalam pemeriksaan rutin di perairan Lutong, pada Selasa.

Pengarah Maritim Zon Miri, Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pemeriksaan dijalankan menerusi Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 4.0 antara jam 5.15 petang hingga 5.45 petang di kedudukan kira-kira 0.9 batu nautika barat Lutong.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kapal tunda dan salah sebuah tongkang gagal mengemukakan Domestic Ship Licenses, manakala kedua-dua tongkang turut gagal mengemukakan dokumen intact stability ketika diminta pihak berkuasa.

“Kesalahan tersebut merupakan pelanggaran di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut mendapati kapal serta tongkang berkenaan dikendalikan oleh 12 kru terdiri daripada lima warga tempatan, empat warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga India berusia antara 20 hingga 70 tahun.

Susulan kesalahan itu, pihak Maritim Malaysia mengeluarkan perintah tahanan terhadap kapal tunda dan kedua-dua tongkang terbabit sebelum diarahkan berlabuh di lokasi selamat bagi tujuan siasatan lanjut.

“Nakhoda kapal bersama seorang kru bagi setiap tangkapan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Khairol menegaskan pihaknya akan terus memperkukuh operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua komuniti maritim mematuhi undang-undang serta prosedur keselamatan di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Miri di talian 085-649111 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

Related Posts

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

PETALING JAYA – Pendekatan memudah cara serta persekitaran pelaburan yang kondusif menjadi antara faktor Google memilih Selangor sebagai lokasi pusat data pertamanya di Malaysia. Prinsipal Infrastruktur Global Google Asia Pasifik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal. Ia sekali gus membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius