SEB, SABATI sumbang dua mesin hemodialisis untuk Hospital Simunjan

SIMUNJAN – Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menyumbangkan dua mesin hemodialisis bernilai RM180,000 kepada Hospital Simunjan.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan akses kepada rawatan dialisis di kawasan pedalaman.

Selain itu, ia juga lanjutan daripada penyerahan dua unit kepada Hospital Bau pada Ogos menjadikan jumlah sumbangan tahun ini sebanyak empat mesin hemodialisis untuk kedua-dua hospital.

Inisiatif ini sejajar dengan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sarawak Energy terutama bidang pembangunan komuniti dan keusahawanan.

Mesin tersebut membantu menggantikan peralatan yang usang sekali gus meningkatkan perkhidmatan kesihatan di hospital serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk rawatan dialisis.

Wakil Presiden SABATI Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin menyerahkan sumbangan tersebut dalam satu majlis di Hospital Simunjan.

“Sumbangan ini mencerminkan tanggungjawab bersama untuk melabur dalam kesejahteraan masyarakat dengan kerjasama SABATI”, tegas Naib Presiden Kanan Kesihatan, Keselamatan, dan Alam Sekitar Sarawak Energy, Marconi Madai.

Sejak 2020, SEB dan SABATI menyumbangkan pelbagai peralatan kesihatan kepada hospital di seluruh Sarawak termasuk mesin ECG, ambulans dan peranti fundoskopi.

Selain itu, kedua-dua organisasi tersebut turut menaja pembedahan katarak di beberapa kawasan pedalaman seperti Kapit, Mukah dan Sri Aman.

Turut hadir Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan beberapa tokoh masyarakat setempat.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil