UMNO Kedah syukur Kerajaan Madani sumbang RM1,000 kepada mangsa banjir

ALOR SETAR – UMNO Kedah bersimpati dan turut berduka akan bencana banjir yang sedang berlaku di Kedah hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, UMNO Kedah menyambut baik tindakan pantas Kerajaan Pusat menyalurkan bantuan awal sebanyak RM1,000 kepada semua mangsa banjir di Kedah.

Katanya, UMNO juga berharap supaya Kerajaan Pusat dengan segera juga menyalurkan bantuan kepada seluruh petani dan peniaga-peniaga kecil yang sangat terkesan dengan bencana alam yang tidak diduga itu.

“UMNO Kedah juga memohon agar pihak Kerajaan Pusat dan negeri memastikan kaedah terbaik bagi mempercepatkan apa jua bentuk bantuan kepada mangsa banjir tanpa sebarang karenah birokrasi serta prosedur-prosedur yang sangat membebankan mangsa.

“UMNO Kedah mengajak agar kedua-dua jentera di pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri dapat sama-sama mengembeling tenaga membantu rakyat dan pada masa sama mengenepikan apa jua perbezaan politik dalam menghadapi saat yang menduga ini,” katanya.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China