STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

SUNGAI SIPUT – Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) terus memperkukuh agenda pembangunan usahawan negeri apabila seramai 30 usahawan sekitar Jalong dan kawasan berhampiran menyertai Program Taklimat Bantuan Keusahawanan dan Pendaftaran Sistem Maklumat Usahawan Negeri Perak di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Jalong Baru, Sungai Siput, pada Isnin.

Program dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong serta NADI Taman Jalong Baru itu menjadi platform penting dalam memperluaskan akses usahawan tempatan terhadap pelbagai bantuan, geran dan inisiatif pembangunan perniagaan yang disediakan kerajaan negeri serta agensi berkaitan.

Menurut kenyataan STeP, program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran usahawan khususnya di daerah Kuala Kangsar mengenai peluang bantuan dan program pembangunan yang boleh dimanfaatkan bagi memperkukuh serta mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Selain sesi taklimat, peserta turut dibantu membuat pendaftaran dalam Sistem Maklumat Usahawan Negeri Perak atau Perak SME D-Base yang penting bagi membolehkan usahawan memohon Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK) dan GeRAK Plus.

“Melalui inisiatif ini, usahawan berpeluang memperoleh sokongan seperti bantuan peralatan, pemasaran dan pengurusan kewangan yang lebih cekap demi meningkatkan kapasiti serta produktiviti perniagaan,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Program tersebut turut dihadiri Pegawai Khas ADUN Jalong, Voon Kai Cheng bersama pegawai STeP dan NADI Taman Jalong Baru.

Peserta turut mendapat manfaat menerusi sesi perkongsian mengenai bantuan dan program keusahawanan yang ditawarkan syarikat telekomunikasi Celcom Digi kepada usahawan tempatan dalam mendepani cabaran ekonomi digital.

Menurut STeP lagi, program seumpama itu akan diteruskan di beberapa lagi lokasi NADI terpilih di seluruh negeri selepas berjaya dilaksanakan di lima kawasan setakat ini.

“Usaha berterusan ini diyakini mampu membantu lebih ramai usahawan memperoleh manfaat daripada pelbagai agensi keusahawanan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030,”katanya.

Pihak STeP juga turut mengadakan lawatan pemantauan kepada lima premis usahawan penerima Geran GeRAK di sekitar Daerah Kuala Kangsar bagi tahu. 2023 dan 2024 yang berfokuskan kepada kawasan Lintang, Sungai Siput.

Ianya bertujuan untuk memantau impak kepada penerima geran tersebut dalam perniagaan mereka di samping mengenal pasti permasalahan serta bantuan yang boleh diberikan secara berterusan kepada mereka.

“Premis yang telah di lawat adalah aktiviti mencanting batik, aktiviti pembuatan tembikar dan labu sayong serta bengkel kimpalan logam.

“Antara maklum balas yang diberikan adalah pemberian geran telah membantu memudahkan dan mempercepatkan operasi perniagaan selain peningkatan kadar jualan akibat peningkatan output.

“Selain itu, mereka meminta agar STeP serta pelbagai agensi keusahawanan yang lain dapat menyalurkan pelbagai bentuk bantuan tambahan bagi memastikan perniagaan masih kekal di dalam pasaran,” ujar kenyataan itu.

STeP turut menambah, pihaknya akan sentiasa mengambil langkah proaktif demi memanfaatkan usahawan di negeri Perak.

Secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran