89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 77 97 106 108 105 115 32 65 110 117 103 101 114 97 104 32 83 117 107 97 110 32 78 101 103 97 114 97 32 50 48 50 53 32 100 105 32 77 97 106 108 105 115 32 83 117 107 97 110 32 78 101 103 97 114 97 32 66 117 107 105 116 32 74 97 108 105 108 44 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 46 32 49 57 32 77 101 105 32 50 48 50 5
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengemukakan bantahan keras terhadap tindakan rejim Zionis yang menahan 16 rakyat negara ini yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menuju ke Gaza, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak akan berdiam diri terhadap tindakan dilakukan ke atas rakyat negara ini serta aktivis kemanusiaan antarabangsa yang terbabit dalam misi aman berkenaan.
“Kita dah bantah keras,” katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di sini, hari ini.
Difahamkan, lebih 100 aktivis menyertai misi kemanusiaan itu sebelum kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.
Ketua Pengarah Pusat Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Malaysia, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, dilaporkan berkata semua 16 rakyat Malaysia yang ditahan berada di atas sembilan kapal yang menjadi sebahagian daripada 15 kapal dipintas rejim Zionis.
Antara yang ditahan termasuklah Zainal Rashid Ahmad di atas kapal Amanda, Muhamad Muhsin Zaidi (Isobella), Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari (Cactus), S Patmanathan, Syakirin Muhamed Senin dan Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar (Ferluto) serta Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Josef).
Semalam, Anwar menegaskan kerajaan mengecam tindakan rejim Zionis yang memintas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menahan aktivis antarabangsa yang terbabit dalam misi berkenaan.
Beliau berkata, tindakan itu bukan sahaja melanggar prinsip hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, malah mencerminkan sikap agresif rejim Zionis terhadap usaha bantuan kemanusiaan sejagat.


