72 pemenang pingat terima insentif RM383,116 dari Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU – 72 atlet Sabah yang memenangi pingat di Sukan SEA edisi ke-33 dan Para ASEAN ke-13 di Thailand tahun lalu menerima insentif kemenangan berjumlah RM383,116 daripada kerajaan Negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, insentif berkenaan diharapkan dapat menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh.

“Jangan jadikan kejayaan hari ini sebagai noktah, sebaliknya jadikan ia titik tolak untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Kepada jurulatih dan keluarga, sokongan daripada anda adalah tunjang kepada kejayaan ini,” ujarnya pada Majlis Insentif Kemenangan Temasya Sukan Sea ke-33 dan Para Asean Ke-13 2025 Thailand, di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu, pada Selasa.

Terdahulu, seramai 91 atlet Sabah mewakili negara pada Sukan SEA 2025 di Thailand dari 9 hingga 20 Disember 2025, sekali gus membantu kontinjen negara memenangi lima pingat emas, 14 perak dan 11 gangsa.

Manakala 22 atlet Para ASEAN Sabah berjaya pulang membawa pencapaian membanggakan menerusi kutipan 14 pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa sepanjang temasya berlangsung dari 20 hingga 26 Januari 2026.

Sebanyak RM146,500 insentif diberikan kepada pemenang pingat Sukan SEA edisi Ke-33 manakala RM236,616 kepada pemenang pingat Para ASEAN.

Mnurut Hajiji, Kerajaan Negeri Sabah berbangga dengan pencapaian atlet negeri yang berjaya meraih pingat dalam kedua-dua temasya sukan tersebut.

“Kerajaan Sabah juga berbangga dengan pencapaian cemerlang dua atlet Para yang menjadi tonggak pungutan pingat kita semasa Para ASEAN baru-baru ini iaitu perenang Abdul Halim Mohammad dan atlet olahraga Ivan Jovic Suan, yang mana kedua- duanya juga secara kebetulan berasal dari daerah Tuaran,” katanya.

Penerima insentif terbesar, Abdul Halim memenangi lima pingat emas dalam acara individu dengan empat rekod baharu, selain satu pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi acara berpasukan, beliau telah diangkat selalu Atlet Lelaki Terbaik Malaysia semasa Para ASEAN 2025 oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Manakala, Ivan pula, berjaya memenangi tiga pingat emas dengan satu rekod baharu yang merupakan satu kejutan besar dalam acara pecut di peringkat Asia Tenggara kerana atlet ini baharu berusia 18 tahun.

Tambah Hajiji, Kerajaan Sabah akan terus memperuntukkan perbelanjaan besar dan konsisten bagi memastikan lebih banyak aktiviti dapat dijalankan serta penyediaan prasarana sukan yang moden dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan atlet untuk berlatih dengan lebih efisien dan selamat.

“Menerusi dasar sukan yang kita rancang, Kerajaan berusaha ke arah pembentukan budaya sukan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat negeri dengan memberikan peluang sama rata kepada semua lapisan.

“Saya percaya, Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah di bawah pimpinan Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan dan Datuk Seri Dr Anil Sandhu yang sentiasa berjiwa muda, akan terus berusaha merancang pembangunan yang lebih komprehensif dan jitu untuk Sabah mencapai tahap kemajuan yang lebih membanggakan lagi,” ujarnya.

Related Posts

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

ALOR SETAR – Anggota polis yang disyaki terbabit dalam satu rangkaian sindiket pengedaran dadah di Langkawi telah ditukarkan serta-merta bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan secara telus. Ketua Polis Kedah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

MELAKA – Kerajaan negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bantuan persekolahan terhadap pelajar yang kerap ponteng sekolah ditarik balik sebagai langkah menangani isu ketidakhadiran berterusan dalam kalangan pelajar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

Mahligai di tengah derita rakyat, ke mana hilangnya janji Sanusi?

Mahligai di tengah derita rakyat, ke mana hilangnya janji Sanusi?

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan

SPRM fail rayuan kes anak bekas MB Perlis dibebaskan