Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

BALING – Perjalanan 26 penumpang ke majlis pengebumian tergendala apabila bas yang mereka naiki ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan permit bas sekolah di Plaza Tol Gurun hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam berkata, kenderaan tersebut ditahan dalam Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Pemandu bas berusia 73 tahun dipercayai dalam perjalanan membawa kesemua penumpang ke majlis pengebumian di Bukit Jenun.

“Pemeriksaan mendapati pemandu bas sekolah menyalahgunakan permit untuk membawa pelajar sekolah bagi tujuan lain dengan membawa penumpang ke program persendirian,” katanya pada sidang akhbar di Stesen Penguat Kuasa JPJ Kuala Ketil, di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu bas dari Sungai Petani itu mendakwa mengambil penumpang bagi tujuan lain kerana kurang permintaan untuk membawa pelajar sekolah.

“Walau apapun alasannya, ia tetap merupakan satu kesalahan. Jadi, kita menyita bas tersebut untuk siasatab di bawah Seksyen 22(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana dipercayai melanggar syarat lesen pengendali,” ujarnya.

Jelas beliau, pemandu bas dipercayai melakukan kegiatan itu sejak dua tahun lalu. Selain itu, katanya, pihak JPJ pernah menahan sebuah kenderaan persendirian iaitu van dalam keadaan daif kerana membawa pelajar sekolah secara haram.

“Operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Pihak JPJ juga ingin menasihatkan ibu bapa agar tidak sesekali menggunakan perkhidmatan van atau bas sekolah tanpa permit bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan operasi khas sempena Aidiladha bermula 24 hingga 31 Mei ini bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

“Kita akan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan di lokasi strategik termasuk lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri, terminal pengangkutan awam dan kawasan hot spot kemalangan,” tambahnya.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos