RTB sungai Kampung Sri Kinta, peruntukan khas diperlukan

IPOH – Permohonan peruntukan khas akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan mitigasi banjir di pintu air Jalan Sri Kinta 1, di sini.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How berkata, permohonan itu dibuat menerusi Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timor susulan keadaan pintu air di kawasan berkenaan yang didapati kurang memuaskan.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan air sungai memasuki semula kawasan kampung berhampiran apabila paras air meningkat, sekali gus menjadi antara punca utama kejadian banjir yang sekian lama membelenggu penduduk.

“Masalah ini menjadi antara punca utama kejadian banjir yang membelenggu penduduk sejak sekian lama.

“Bagi memastikan penyelesaian dapat dilaksanakan dengan segera, saya akan mengemukakan permohonan peruntukan khas kepada TPM selaku Timbalan Pengerusi MKN.

“Ia bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan mitigasi banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan rasmi meninjau cadangan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) melibatkan Sungai Kinta, Sungai Pari dan Sungai Pinji.

Turut hadir, jurutera daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kinta serta Ketua Kampung Sri Kinta, Ahmad Fadil.

Mengulas lanjut, Howard berkata, lawatan itu bertujuan meninjau sendiri skop kerja yang bakal dilaksanakan di kolam tadahan air Kampung Sri Kinta, termasuk kerja menaik taraf jambatan di kawasan kolam tadahan bagi memastikan kelancaran aliran air ke kolam takungan berhampiran.

“Semoga segala usaha yang dirancang dapat dipercepatkan demi kesejahteraan serta keselamatan penduduk di sini,” ujarnya.

Untuk rekod, projek RTB yang melibatkan kawasan Kampung Sri Kinta menerima peruntukan di bawah Projek RTB Sungai Kinta Fasa 2 dengan kos keseluruhan RM108 juta.

Skop projek melibatkan kerja-kerja menaik taraf sungai dan jambatan yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030 bagi mengurangkan risiko banjir secara lebih berkesan.

Foto: Facebook Howard Lee

Related Posts

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

MIRI – Semangat perpaduan dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita di FORUM Cultural Centre, Jalan Padang Kerbau pada Ahad. Program tersebut dianjurkan khusus bagi meraikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan