Agensi pembangunan usahawan perlu mula turun padang bantu peniaga kecil belia

Oleh S.Abdullah dan Don Mikael

SEREMBAN – Kerajaan mengarahkan semua institusi dan agensi miliknya yang beperanan dalam pembangunan usahawan supaya turun padang menemui peniaga kecil dalam kalangan anak muda untuk menyalurkan bantuan disediakan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan itu ditegaskan dalam pertemuan khas beliau dengan agensi antaranya Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Corp., Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) dan Bank Rakyat, pada Khamis.

Berdasarkan kajian, katanya, walaupun banyak bantuan disediakan kerajaan, masih ada kalangan peniaga anak muda yang miskin termasuk di Kuala Lumpur.

“Mesej saya jelas kepada semua agensi dan institusi kewangan kewangan, cari jalan turun padang. Saya kata jangan tunggu mereka datang ke pejabat sebaliknya minggu depan turun ke pasar, buka gerai tanya anak-anak muda apa yang mereka perlukan.

“Negara ini harus prihatin dan tidak hanya tertumpu kepada kilang atau syarikat besar dan pelaburan dari luar sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2026 di Bandar Sri Sendayan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, gerak kerja seperti itu adalah cara Kerajaan MADANI turun menemui rakyat untuk membantu mereka dan bukan hanya menunggu di pejabat.

“Kita mesti juga prihatin untuk lihat kepada keperluan anak-anak muda di peringkat akar umbi. Itulah sebabnya kita adakan perjumpaan khas tersebut,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari yang memberi perhatian mencari kaedah baharu meningkatkan peranan anak-anak muda supaya terus aktif dalam persatuan belia.

“Penyertaan aktif dalam persatuan belia memberikan banyak manfaat kepada anak-anak muda.

“Saya tidak fikir saya boleh aktif seperti hari ini kalau saya tidak terdedah dengan persatuan belia dulu,” katanya.

Related Posts

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

PUTRAJAYA – Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah berjaya meletakkan semula Malaysia pada landasan ekonomi yang lebih stabil, kredibel dan berdaya saing di peringkat antarabangsa berbanding era…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju