Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat

KUCHING – Sejarah Nusantara sering kali sarat dengan kisah perpaduan, namun pendedahan mengenai sejarah Istana Kesultanan Melayu di Kalimantan Barat benar-benar membuktikan betapa indahnya asimilasi budaya antara pelbagai etnik di kepulauan Borneo.

Menyelusuri penceritaan yang dibawakan dalam Seminar Warisan Kesultanan Melayu: Seni Bina Istana Kesultanan Kalimantan Barat di Auditorium Borneo Cultures Museum pada Khamis, ia secara tidak langsung menterjemahkan semangat keharmonian yang amat selari dengan gagasan Malaysia MADANI.

Seminar anjuran pelajar Tahun 3 Program Pengurusan Seni, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu menampilkan Panel penceramah jemputan utama merangkap pewaris Kesultanan Sambas, Pangeran Ratu Dr. Raden Muhammad Tarhan.

Beliau berkongsi pelbagai fakta menarik yang membuka mata umum mengenai kehidupan silang budaya yang telah lama wujud di wilayah tersebut.

Menyentuh mengenai keakraban serantau Borneo yang tidak terpisahkan, beliau turut menegaskan wujudnya pertalian darah merentas sempadan.

“Tentang sejarah Sarawak dan Sambas, memang ada tali hubungan. Tentunya, ayah itu dari Sarawak dan kemudian anaknya itu menjadi Sultan di Sambas,” dedah beliau mengenai pertalian antara kedua-dua wilayah ini.

Toleransi Melayu dan Dayak

Mengulas lanjut mengenai asimilasi budaya di Kalimantan Barat, beliau memberikan contoh situasi di Istana Ismahayana Landak dan Istana Surya Negara Sanggau.

Walaupun ia merupakan pusat pemerintahan Melayu, kawasan tersebut secara uniknya hidup damai di tengah-tengah masyarakat majoriti yang berbeza.

“Kerana memang, apa yang kata orang Melayu, istana Landak ini dikelilingi oleh kampung Dayak. Ini hanya Melayu satu-satunya yang ada di sana,” jelas beliau, yang mana ia turut sama berlaku di daerah Sanggau.

Perkara ini secara jelas membuktikan toleransi dan sikap saling menghormati yang tinggi telah dipraktikkan sekian lama.

Inklusiviti Darah Bugis-Melayu

Nilai inklusiviti turut terserlah pada sejarah pembentukan Istana Amantubillah Mempawah.

Asal usul keturunan kesultanan ini menceritakan keterbukaan masyarakat dahulu dalam menerima pengaruh luar melalui ikatan perkahwinan.

Menurut Dr. Raden Muhammad Tarhan, sejarah istana ini bermula “dengan kedatangan bangsawan Bugis pada saat itu.

Yang menikahi seorang puteri raja tempatan. Yang kemudian menjadi Sultan di Mumpawah. Kemudian, menjadi Melayu. Jadi, Bugis Melayu”.

Daya Cipta Melayu dan Cina

Elemen ‘Daya Cipta’ yang menjadi salah satu teras MADANI turut diterjemahkan secara visual menerusi pembinaan seni bina yang padat dengan pengaruh silang tamadun.

Pintu gerbang Istana Kesultanan Sambas mempamerkan pengaruh tamadun luar yang diadaptasi menjadi kesenian yang estetik.

“Kehasilan bangunan ini secara struktur ada campuran campuran Cina. Jadi, Melayu campur Cina,” ujarnya berkenaan reka bentuk bumbung pintu gerbangnya yang dibina melengkung seakan-akan struktur bumbung tokong Cina.

Beliau juga menambah binaan gerbang utama yang dipanggil ‘segitulapan’ itu dibina secara spesifik mengikut lapan arah mata angin matahari.

Secara kesimpulannya, perkongsian sejarah asimilasi budaya di Kalimantan Barat ini wajar dijadikan iktibar betapa nilai murni dalam meraikan kepelbagaian kaum baik Melayu, Bugis, Dayak mahupun Cina merupakan kunci utama kepada sebuah tamadun yang harmoni dan berdaya maju.

Related Posts

Ketua pembangkang P.Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi

GEORGE TOWN – Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Pontian dibangunkan, perkukuh TVET dan pertanian pintar di Johor

PONTIAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) hari ini melaksanakan Majlis Pecah Tanah Kolej Komuniti Pontian, Johor sebagai langkah strategik memperkukuh pembangunan Pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua pembangkang P.Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi

Ketua pembangkang P.Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi

Kolej Komuniti Pontian dibangunkan, perkukuh TVET dan pertanian pintar di Johor

Kolej Komuniti Pontian dibangunkan, perkukuh TVET dan pertanian pintar di Johor

Keputusan tangguh AKPS bukti Hajiji dengar suara rakyat Sabah

  • By Ynom
  • May 14, 2026
Keputusan tangguh AKPS bukti Hajiji dengar suara rakyat Sabah

Sabah Electricity jelas isu peningkatan bil, cagaran tambahan yang tular di media sosial

Sabah Electricity jelas isu peningkatan bil, cagaran tambahan yang tular di media sosial

AKPS: KPPIS sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sabah

AKPS: KPPIS sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sabah

Pemerkasaan proses sulh bantu kurangkan kelewatan kes Mahkamah Syariah

Pemerkasaan proses sulh bantu kurangkan kelewatan kes Mahkamah Syariah