Lelaki ditahan bersama ketamin dan cecair ganja di Jalan Song

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan oleh pihak polis di belakang sebuah kedai makan di Jalan Song, Kuching pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan tersebut dilakukan pada jam lebih kurang 2.45 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas suspek telah membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis ketamin seberat 8.00 gram dan cecair ganja seberat 42.50 gram.

“Nilai pasaran keseluruhan dadah dianggarkan berjumlah RM2,700.00,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.

Beliau menambah, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis ketamin. Walau bagaimanapun, hasil semakan mendapati lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Tegasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun, dan disebat tidak kurang dari tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan,” jelasnya.

Suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula 14 hingga 17 Mei 2026 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau memuji kejayaan tangkapan tersebut yang merupakan hasil risikan berterusan pihak polis serta kerjasama padu daripada orang awam.

Pihak polis turut memberi amaran memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang, dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah diseru untuk menyalurkannya melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017-592 9211.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan