MBI perhebat operasi bersepadu tangani gelandangan, orang papa

IPOH – Seramai 19 individu gelandangan dan orang papa di sekitar bandar raya Ipoh diambil tindakan menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Selasa bagi menangani isu sosial dan menjaga kesejahteraan awam.

Menerusi kenyataan MBI, operasi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 2.30 petang itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Yayasan Kebajikan Negara Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta serta Polis Diraja Malaysia.

Operasi tersebut tertumpu di beberapa lokasi panas yang sering menjadi tumpuan golongan gelandangan dan orang papa iaitu di Jalan Foo Yet Kai berhampiran Pasaraya The Store, Jalan C.M. Yusuff di hadapan Kolej Olympia serta sekitar Pasar Besar Ipoh dan UTC Ipoh.

Menurut kenyataan itu, daripada keseluruhan individu yang dikenal pasti, 10 orang dikesan di Jalan Foo Yet Kai, lima orang di Jalan C.M. Yusuff manakala empat lagi di sekitar Pasar Besar Ipoh dan UTC Ipoh.

“Pihak AADK turut menjalankan saringan air kencing terhadap individu terlibat dan seorang daripadanya didapati positif morfin.

“Seorang lagi individu pula dibawa oleh Yayasan Kebajikan Negara ke Anjung Singgah bagi mendapatkan perlindungan serta bantuan susulan,” menurut kenyataan berkenaan.

MBI memaklumkan pihaknya turut membantu membawa individu terbabit ke JKM untuk proses pengambilan maklumat dan tindakan lanjut yang bersesuaian mengikut keperluan semasa.

Sepanjang operasi dijalankan, pasukan penguat kuasa dan tindakan khas MBI turut melaksanakan kawalan keselamatan bagi memastikan keadaan terkawal serta menjamin keselamatan semua anggota bertugas termasuk petugas pembersihan.

Menurut MBI, operasi seumpama itu akan diteruskan secara berkala sebagai usaha berterusan memastikan kesejahteraan masyarakat, kebersihan persekitaran dan keselamatan awam di bandar raya Ipoh sentiasa terpelihara.

Foto: Facebook MBI

Related Posts

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin