UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

KOTA KINABALU – UMNO bersedia menerima mana-mana pemimpin yang dikenakan tindakan disiplin atau dipecat oleh parti asal mereka untuk kembali menyertai parti itu, tertakluk kepada peruntukan undang-undang termasuk Akta Anti Lompat Parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu adalah selaras dengan dasar Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Bagi Sabah, sebuah jawatankuasa khas Rumah Bangsa telah diwujudkan dan telah bermesyuarat semalam bagi membincangkan cadangan berkaitan pemimpin-pemimpin yang pernah keluar atau dikenakan tindakan disiplin daripada UMNO.

“Jawatankuasa Rumah Bangsa ini bersifat lebih proaktif dan kita menunggu cadangan serta pandangan mereka terlebih dahulu.

“Walaupun begitu, tanpa jawatankuasa sekalipun, mana-mana individu boleh terus mengemukakan permohonan ke peringkat pusat dengan hanya menghantar surat menyatakan hasrat untuk menyertai semula UMNO. Secara umumnya, kita terima tanpa syarat,” ujarnya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, UMNO turut membuka ruang kepada pemimpin dari parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan disiplin, namun ia tertakluk kepada Akta Anti Lompat Parti.

“Kita serahkan kepada mereka untuk menilai kedudukan di bawah Akta Anti Lompat Parti. Jika tiada halangan, mereka boleh menyertai UMNO.

“Namun jika terdapat sekatan, maka halangan itu perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana ia bukan daripada UMNO, tetapi berkaitan undang-undang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya semakan atau pindaan terhadap akta berkenaan dipertimbangkan sekiranya ia menghalang ahli politik yang dipecat daripada parti asal untuk menyertai parti lain.

Menurutnya, UMNO secara prinsipnya menerima semua penyertaan termasuk bekas pemimpin yang dipecat, selagi tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas