ADUN Derga pula digantung dari Bersatu

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Mohamad Amri Wahab menjadi ADUN terbaharu dikenakan tindakan disiplin apabila digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mohamad Amri yang juga Ketua Bahagian Pokok Sena dikenakan tindakan di bawah Fasal 22.5 kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Bersatu.

Menerusi notis keputusan Lembaga Disiplin Bersatu, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta dan menyebabkan beliau dilucutkan daripada semua jawatan yang disandang dalam parti sepanjang tempoh berkenaan.

Notis berkenaan memaklumkan Mohamad Amri tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.

Bagaimanapun, ADUN Derga terbabit diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan lanjut.

Setakat ini, beberapa pemimpin telah dipecat iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad; Ketua Armada Bahagian Parit, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin dan ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi

Pemimpin dikenakan tindakan pergantungan termasuklah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah.

Antara lain, Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor, ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man; Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH akan terus memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU), termasuk mempertimbangkan pertandingan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu