Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah

JITRA – Seramai 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana disyaki melanggar peraturan imigresen dalam satu serbuan di sini semalam.

JIM Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan bahawa 39 individu terdiri daripada warga Bangladesh, empat warga Indonesia dan seorang dari India ditahan dalam Op Sapu atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan termasuk tinggal lebih masa, salah guna pas dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Operasi dijalankan di tapak pembinaan sebuah bangunan perniagaan di Bandar Darulaman lebih kurang jam 10.50 pagi melibatkan 12 pegawai.

“Seramai 47 individu telah diperiksa terdiri daripada tiga warganegara Malaysia dan 44 warganegara asing,” katanya.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan 44 warga asing dan mereka disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Kesemua yang diperiksa berusia antara 22 hingga 44 tahun telah dihantar ke Depot Imigresen Belantik untuk tindakan lanjut.

“Sepanjang operasi, satu Borang IMM.29 iaitu Saman kepada Saksi turut dikeluarkan,” katanya.

Related Posts

Kereta rempuh peserta maraton

KOTA KINABALU – Seorang peserta Borneo International Marathon berdepan detik cemas dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Jalan UMS, awal pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

SEGAMAT – Kisah pengorbanan seorang remaja perempuan yang sanggup mengetepikan cita-cita demi menjaga ibu dan nenek yang uzur akibat strok terus mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen Segamat, R…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kereta rempuh peserta maraton

Kereta rempuh peserta maraton

Phoong Jin Zhe dilantik senator, 12 lain turut angkat sumpah di Dewan Negara

Phoong Jin Zhe dilantik senator, 12 lain turut angkat sumpah di Dewan Negara

Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

Yuneswaran tampil hulur bantuan, janji jaga Amirah seperti adik sendiri

Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

Rosol terima penggantungan Bersatu, namun persoal kredibiliti lembaga disiplin

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

Memahami polemik berpanjangan sambutan Hari Ibu

Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah

Op Sapu: 44 pekerja pembinaan warga asing ditahan Imigresen Kedah