Kereta rempuh peserta maraton

KOTA KINABALU – Seorang peserta Borneo International Marathon berdepan detik cemas dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Jalan UMS, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang juga peserta lelaki berusia 40 tahun bagi kategori 42 kilometer sedang berlari di laluan kiri jalan yang dikhaskan sebelum dilanggar dari arah belakang.

“Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Saga merempuh mangsa dilaporkan cuba melarikan diri sebelum kenderaannya terbabas.

“Kejadian berlaku di KM32 Jalan UMS menghala ke arah Likas di mana laluan terbabit sudah pun dipasang kon keselamatan sebagai pemisah laluan.

“Selepas pelanggaran berlaku, kenderaan terbabit terus bergerak sebelum terbabas berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Tuaran Bypass,” ujarnya dalam satu kenyataan pada, Isnin.

Tambah Kasim, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan, lutut serta belakang leher dan kini menerima rawatan di salah sebuah hospital swasta di sini, manakala pemandu mengalami kecederaan di lengan kanan.

“Kenderaan terlibat telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk pemeriksaan Puspakom dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” jelasnya.

Sementara itu, pihak penganjur, Kinabalu Running Club menzahirkan rasa dukacita dan prihatin atas insiden tersebut yang mana turut mencederakan seorang lagi mangsa iaitu kru bertugas daripada anggota RELA.

Dalam satu kenyataan di laman sosialnya pada Isnin, Kinabalu Running Club berkata, pihak jawatankuasa penganjur telah menghubungi keluarga mangsa dan sedang memantau rapat keadaan kedua-dua mangsa bagi memberikan sokongan yang diperlukan.

Tambah kenyataan tersebut, pihak kelab akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses siasatan dan menggesa pengguna jalan raya agar sentiasa menghormati penutupan jalan serta langkah keselamatan sepanjang acara sukan berlangsung demi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.

Related Posts

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa semua pihak melihat isu pengurusan dan pengeluaran pasir di Sungai Pahang melalui perspektif ilmiah dan teknikal, bukannya dijadikan modal politik yang mengelirukan rakyat. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

TAWAU – UMNO Sabah kekal komited mempertahankan Institusi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sebagai lambang perpaduan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan sistem demokrasi berperlembagaan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Penguatkuasaan kebajikan haiwan dibuat secara profesional – DVS Sabah

Penguatkuasaan kebajikan haiwan dibuat secara profesional – DVS Sabah