Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

KOTA KINABALU – Tindakan seorang lelaki dipercayai cuba memotong wayar elektrik di atas bumbung sebuah restoran makanan laut di kawasan Sepanggar berakhir tragedi apabila dia ditemukan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik pada Sabtu.

‎Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis segera digerakkan ke lokasi bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi menjalankan tindakan keselamatan dan siasatan lanjut.

‎”Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, Balai Polis Manggatal menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang lelaki yang ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas bumbung premis berkenaan.

‎“Pegawai perubatan dari Hospital Likas kemudian menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada kira-kira jam 3.02 petang.

‎“Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

‎Tambahnya, pemeriksaan di lokasi turut menemui kesan terbakar dan melecur pada bahagian jari kanan mangsa.

‎“Setakat ini, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

‎Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.

Related Posts

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

GUA MUSANG – Seorang penoreh getah warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gua Musang atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya di sebuah kebun getah di Kampung Pulai bulan lalu. Tertuduh, berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

BATU PAHAT – Kerajaan terus komited memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi pendekatan turun padang apabila Program Outreach Negeri Johor 2026 berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Melodi, Parit Bilal, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

RM6.4 juta diperuntuk jayakan kempen kesedaran alam sekitar I-Hijaui

RM6.4 juta diperuntuk  jayakan kempen kesedaran alam sekitar  I-Hijaui

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi