Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

MARUDI – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan Jalan Industri Sungai Ridan di sini, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua dengan penemuan sebahagian anggota badan mangsa pada pagi Khamis.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.20 malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi tiba di lokasi kira-kira tiga minit kemudian, dengan jarak sekitar satu kilometer dari balai.

Mangsa dikenal pasti sebagai Liew Mei Koon, 64, dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar memancing di kawasan Sungai Ridan.

Kejadian itu disedari apabila motosikal mangsa ditemui ditinggalkan di tepi sungai bersama pakaian serta peralatan memancing di bawah jambatan, sebelum maklumat tersebut dimaklumkan kepada pihak berkuasa oleh ahli keluarga.

Usaha pencarian awal oleh penduduk kampung tidak menemui mangsa, sebelum operasi SAR rasmi digerakkan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang awam.

Pada hari kedua operasi, seramai lima anggota BBP Marudi digerakkan bersama aset satu jentera FRT, satu kenderaan Pajero dan satu bot aluminium.

Operasi turut menghadapi sedikit kesukaran apabila bot aluminium terpaksa diturunkan menggunakan bantuan kren.

Operasi pencarian dimulakan pada jam 10.20 pagi melibatkan beberapa aset bot dengan radius pencarian sekitar dua kilometer, sebelum diperluaskan sehingga lapan kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan memancing.

Pada jam 10.52 pagi, pasukan operasi menemukan sebahagian anggota badan mangsa, dan pencarian diteruskan bagi mengesan sisa lain di kawasan sekitar.

Komander Operasi ialah PBK II (TBK I) Kebing Ngau, manakala Pegawai Operasi ialah PBK I Nasir Razaki.

Operasi SAR masih diteruskan bagi melengkapkan usaha pencarian.

Related Posts

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

MIRI – Tindakan sebuah kapal nelayan tempatan gagal mematuhi peraturan komunikasi membawa kepada penahanan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri dalam operasi di perairan Lutong, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

LIMBANG – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarahkan segera melakukan pemeriksaan rapi terhadap tahap keselamatan kawasan sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang. Menteri Pendidikan, Fadhlina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

PMX lawat Pulau Banggi esok

  • By Ynom
  • May 8, 2026
PMX lawat Pulau Banggi esok

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026

Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026