89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 115 101 115 105 32 112 108 97 110 101 114 105 32 83 105 100 97 110 103 32 75 101 109 117 110 99 97 107 32 65 83 69 65 78 32 107 101 45 52 56 32 100 105 32 67 101 98 117 44 32 70 105 108 105 112 105 110 97 46 32 56 32 77 101 105 32 50 48 50 54 46 32 70 65 84 72 32 82 73 90 65 76 47 80 101 106 97 98 97 116 32 80 101 114 100 97
CEBU – ASEAN perlu kekal menjadi suara utama dalam menentukan hala tuju keselamatan dan kestabilan serantau tanpa dipengaruhi kepentingan kuasa besar luar.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, Malaysia konsisten dengan pendirian bahawa rundingan berkaitan Laut China Selatan mesti diteruskan secara langsung antara ASEAN dan China berlandaskan prinsip kepusatan ASEAN.
Beliau berkata, Malaysia juga mahu rundingan berhubung Code of Conduct (CoC) atau Tata Tatalaku Laut China Selatan antara ASEAN dan China disegerakan demi menjamin keamanan serta kestabilan serantau.
“Isu Laut China Selatan turut dibincangkan. Malaysia masih berpendapat rundingan harus berlangsung antara ASEAN dan China, tanpa membabitkan kuasa luar lain.
“Malaysia juga mengekalkan pandangan bahawa Code of Conduct antara ASEAN dan China perlu dipercepatkan. Setakat ini, Kementerian Luar menekankan bahawa terdapat kemajuan ke arah itu,” katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48, di sini, hari ini.
Menurut Anwar, perkembangan geopolitik semasa menunjukkan ASEAN perlu kekal bersatu dan tidak terpengaruh dengan percaturan kuasa besar dalam menangani isu serantau.
Katanya, kekuatan ASEAN bergantung kepada kesepakatan negara anggota untuk melaksanakan setiap dasar dan mekanisme yang telah dipersetujui bersama.
Beliau turut menegaskan bahawa prinsip berkecuali dan bebas perlu diterjemahkan secara konsisten tanpa memihak kepada mana-mana blok kuasa dunia.
Dalam masa sama, Anwar berkata, ASEAN harus mengekalkan hubungan baik dengan semua negara sambil mempertahankan prinsip dan kepentingan rantau.
“Kita juga mengambil pendirian untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.
“Kita tidak boleh menyatakan bahawa kita berpegang kepada centrality ASEAN dan dasar bebas, sekiranya kita hanya memilih untuk mendukung negara yang rapat dengan Barat atau Eropah, tetapi tidak dengan negara lain,” katanya.
Beliau berkata, pendekatan seimbang itu penting bagi memastikan ASEAN kekal relevan sebagai platform utama dalam mengurus isu keselamatan, perdagangan dan kestabilan serantau.
Menurutnya, setiap keputusan yang dibuat ASEAN perlu berasaskan kepentingan bersama negara anggota serta keamanan rantau dalam suasana dunia yang semakin tidak menentu akibat ketegangan geopolitik.
