Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

KUCHING – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak menzahirkan rasa dukacita susulan kejadian seorang murid yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di negeri ini.

Dalam satu kenyataan media pada Khamis, JPN Sarawak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fahrin Jumandy Abdullah atas tragedi yang menimpa.

Menurut kenyataan itu, tumpuan kini untuk memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada keluarga mangsa.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini,” menurut kenyataan tersebut.

Pada masa sama, JPN Sarawak memaklumkan seorang lagi murid yang terlibat dalam kejadian itu sedang menerima rawatan dan pihaknya akan memastikan kebajikan murid berkenaan terus diberi perhatian.

“Semoga murid terbabit diberi kesembuhan segera,” katanya.

JPN Sarawak turut menjelaskan bahawa insiden tersebut kini berada dalam siasatan pihak berkuasa, selain siasatan dalaman turut dijalankan bagi meneliti aspek pematuhan keselamatan di sekolah berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, kawasan kejadian telah ditutup sepenuhnya dan murid, guru serta warga sekolah tidak dibenarkan menghampiri lokasi sehingga keadaan disahkan benar-benar selamat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula