Banjir: Dua PPS dibuka di Perlis, 41 mangsa terjejas

KANGAR – Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 41 mangsa banjir di kawasan Arau dan Kangar sejak malam semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, pemindahan itu melibatkan 13 keluarga dari beberapa buah kampung di kawasan terjejas.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sena dibuka secara rasmi pada pukul 10.50 malam semalam menempatkan empat keluarga terjejas banjir merangkumi lapan mangsa termasuk satu kanak-kanak lelaki.

“PPS SK Arau dibuka secara rasmi pada pukul 11.55 malam semalam dengan menempatkan seramai 33 mangsa banjir termasuk seorang bayi perempuan dari Kampung Titi Besi,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurut beliau, kedua-dua PPS itu dibuka susulan kenaikan paras air di kawasan kediaman sejak pukul 6 petang kerana hujan lebat yang turun sejak petang semalam.

Tambah Mohd Izaimi, operasi di kedua-dua PPS itu melibatkan sembilan anggota APM, dua anggota Polis Diraja Malaysia dan dua kakitangan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara