CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah melangkah lebih dekat ke era digital penuh apabila CTS Horizon Sdn. Bhd. menyatakan komitmen mereka untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan keterhubungan negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, kunjungan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif CTS Horizon, Zurinah Datuk Hanafiah bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik antara sektor swasta dan kerajaan negeri dalam agenda digitalisasi Sabah.

“CTS Horizon memperkenalkan visi baharu mereka untuk memperluas liputan rangkaian komunikasi, meningkatkan capaian internet dan menyediakan kemudahan digital lebih menyeluruh di seluruh negeri.

“Syarikat itu turut berkongsi pencapaian utama, termasuk peranan mereka sebagai rakan fiber backhaul untuk projek 5G U Mobile serta penglibatan dalam inisiatif FTTx, JENDELA dan POP2, yang menyasarkan kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Dalam pada itu, Joachim menyambut baik usaha swasta dalam mempercepat pembangunan digital, menegaskan kerajaan negeri komited menyediakan infrastruktur teknologi komunikasi yang mantap demi kesejahteraan rakyat.

“Kerjasama strategik seperti ini penting untuk memastikan Sabah tidak ketinggalan dalam era digital dan mampu bersaing di peringkat nasional serta global.

“Kunjungan ini mencerminkan sinergi yang jelas antara kerajaan negeri dan syarikat tempatan dalam merealisasikan Sabah sebagai negeri pintar, berhubung dan bersedia menghadapi cabaran masa depan,” kongsianya.

Sementara itu, Zurinah berkata, misi CTS Horizon adalah memastikan setiap rakyat Sabah mendapat akses digital yang pantas, selamat dan inklusif, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk wilayah lebih berdaya saing dan moden.

“Pertemuan ini turut membincangkan potensi kerjasama jangka panjang, termasuk pembangunan ekosistem digital yang mampu menyokong inovasi, ekonomi berasaskan teknologi dan transformasi pintar di Sabah,” ujarnya.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Head of Business Development, Aines Ajik; Head of Planning & Design (Network), Sheridan Hans Peter dan Head of Human Resources, Natasha Assan.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang