Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengagihkan sebanyak 464 ekor lembu korban ke semua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, agihan berkenaan dilaksanakan menerusi sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai umat Islam menyertai ibadah korban.

Menurut beliau, program tersebut melibatkan pelbagai pihak termasuk masjid, surau, pasukan keselamatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat, sekali gus memperluas manfaat kepada golongan yang memerlukan.

“Yang penting, ibadah korban ini dilaksanakan dengan tertib serta mematuhi garis panduan ditetapkan supaya semuanya berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, inisiatif itu diharap dapat membawa kegembiraan kepada umat Islam yang bakal menyambut Aidiladha, di samping mengukuhkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Sumbangan tersebut melibatkan beberapa agensi utama negeri iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Lembaga Air Perak (LAP) serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).

Mengulas lanjut, Saarani berkata, lafaz akad korban bagi kawasan DUN yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam akan disempurnakan oleh ADUN berkenaan atau wakilnya.

“Bagi kawasan yang diwakili ADUN bukan beragama Islam pula, proses akad akan dilaksanakan oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) daerah mengikut garis panduan ditetapkan,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Mufti Perak akan mengedarkan garis panduan khusus, khususnya berkaitan aspek wakalah atau kontrak antara pihak terlibat.

“Ia bagi memastikan ibadah korban dilaksanakan selaras dengan kehendak syarak, selain mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Langkah ini penting bagi menjamin kelancaran pelaksanaan, pematuhan syarak serta aspek kesihatan awam,” katanya.

Foto: FB Saarani Mohamad

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan