Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

SIMUNJAN – Penduduk di sekitar kawasan Sungai Apin kini menikmati kemudahan sukan yang lebih selesa susulan siapnya projek naik taraf padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Apin yang melibatkan kos sebanyak RM150,000.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, projek yang siap sepenuhnya pada Mac itu memfokuskan kepada penyelesaian masalah teknikal padang, termasuk kerja-kerja menembok dan pemasangan sistem saliran fishbone bagi menangani isu air bertakung yang sering menghantui warga sekolah sebelum ini.

​”Selain sistem saliran yang lebih sistematik, padang ini juga telah ditanam sepenuhnya dengan rumput jenis cow grass bagi memastikan permukaan padang lebih berkualiti dan tahan lasak.

“​Kemudahan ini bukan sahaja untuk kegunaan murid-murid, malah ia direka sebagai pusat aktiviti riadah komuniti bagi penduduk dari enam buah kampung sekitar, selain bakal menjadi lokasi penganjuran sukan Zon 3 Sungai Apin tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui wartawan.

​Mengulas mengenai perancangan masa depan, Rodiyah mendedahkan bahawa pembangunan fasa kedua sedang dirangka dengan anggaran kos antara RM100,000 hingga RM150,000 menggunakan peruntukan Persekutuan bagi tahun 2027.

​Skop kerja fasa seterusnya itu dijangka merangkumi pemasangan jaring keselamatan, pembinaan pagar di belakang pintu gol, serta perluasan kawasan penanaman rumput.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan projek berkenaan isu pembangunan semula bangunan SK Sungai Apin kini berada di bawah pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

​”Pihak JKR sedang dalam proses menghantar Notis Perubahan (NOC) kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) susulan terdapat peningkatan dalam kos pembinaan semasa. Sekiranya permohonan ini diluluskan, kita menjangkakan kerja-kerja pembinaan fizikal bangunan sekolah dapat dimulakan pada tahun hadapan,” tambah beliau.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik