Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

KOTA KINABALU – Seramai 500 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah diseru memperkukuh pengurusan kewangan dan kesihatan mental bagi mengelakkan implikasi serius terhadap masa depan diri dan keluarga.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah, SAC Datuk Mohd Azhar Hamin berkata, kegagalan merancang harta pusaka seperti hibah dan wasiat boleh menjejaskan kebajikan waris serta mencetuskan konflik keluarga.

“Harta pusaka adalah amanah dan jika tidak diurus dengan baik, ia boleh membawa kepada perbalahan dan penderitaan dalam kalangan ahli keluarga.

“Masih terdapat kes perebutan harta dalam kalangan waris akibat kurangnya perancangan awal dan kefahaman, sekali gus memberi kesan negatif kepada institusi kekeluargaan,” katanya ketika merasmikan Karnival Pengurusan Kewangan, Harta Pusaka, Kebajikan dan Pengurusan Psikologi Kontinjen Sabah di sini pada Rabu.

Tambahnya, pengurusan kewangan secara keseluruhan dalam kalangan anggota PDRM turut perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kesempitan hidup dan masalah jangka panjang.

“Terdapat juga pesara PDRM yang berdepan kesukaran hidup akibat kegagalan merancang kewangan dengan baik sehingga menjejaskan imej pasukan.

“Sebagai agensi rujukan masyarakat, kita perlu menunjukkan contoh yang baik termasuk dalam pengurusan kewangan dan kesejahteraan diri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Azhar turut menekankan kepentingan kesihatan mental dalam kalangan anggota PDRM berikutan tekanan tugas yang tinggi, khususnya di Sabah.

“Stigma terhadap perkhidmatan kaunseling perlu dihapuskan dan anggota digalakkan mendapatkan bantuan profesional bagi mengelakkan tekanan menjadi lebih parah.
“Gunakan platform seperti karnival ini untuk mendapatkan sokongan psikologi, jangan pendam tekanan sehingga menjejaskan prestasi dan kehidupan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sentiasa bersedia membantu anggota yang berdepan masalah termasuk tekanan kerja dan isu disiplin.

“Saya turut menekankan peranan pihak pengurusan dalam memastikan kebajikan anggota terus terpelihara termasuk aspek kesihatan, perumahan dan keperluan logistik.

“Jika kebajikan diabaikan, tidak mustahil ada anggota terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan secara tidak wajar demi kelangsungan hidup,” tegasnya.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai