Siap sedia menjelang Malaysia jadi Pengerusi Asean – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Asean 2025 dari Laos.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang memberi kesan mendalam kepada komuniti Asean secara keseluruhannya.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 di Putrajaya.

Laos akan menyerahkan jawatan itu pada Sidang Kemuncak Asean yang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober ini.

Malaysia sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Asean sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti