KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

SANDAKAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan pendaftaran permohonan bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan turut dibuat secara fizikal selain secara dalam talian.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendaftaran secara fizikal itu boleh dibuat di premis tetap KPDN, pejabat KPDN di negeri serta cawangan-cawangan berkaitan bagi memudahkan urusan permohonan.

“Permohonan SKDS bagi ketiga-tiga wilayah telah dibuka sejak 4 Mei lalu dan melibatkan 23 sektor pengangkutan darat barangan.

“Selain daripada pendaftaran secara dalam talian bagi wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan, kita juga akan membuat pendaftaran secara fizikal sama ada di premis-premis tetap KPDN, pejabat KPDN negeri dan juga cawangan-cawangan.

“Semalam, 4 Mei, permohonan SKDS untuk ketiga-tiga wilayah ini telah dibuka melibatkan 23 sektor pengangkutan darat barangan,” katanya kepada media pada Program Sentuhan Kasih dan Jualan Rahmah Madani di pekarangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di sini, pada Selasa.

Tambah Armizan, orang ramai boleh membuat semakan dan permohonan melalui portal MySubsidi di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my⁠ yang disediakan oleh KPDN.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui terdapat kekangan tertentu di Sabah, Sarawak dan Labuan termasuk isu capaian internet serta tahap kefahaman syarikat berkaitan permohonan subsidi.

“Kita tahu di Sabah, Sarawak dan Labuan ini ada isu akses internet dan ada syarikat yang kurang mahir serta memerlukan maklumat tambahan mengenai manfaat subsidi dan cara permohonan.

“KPDN juga turut membuka ruang permohonan melalui program seperti Jualan Rahmah, Mini Karnival dan program berkaitan bagi memastikan maklumat sampai kepada semua pihak yang layak,” kongsinya.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan syarikat terlibat supaya menyemak kelayakan serta mengemas kini dokumen penting seperti cukai jalan dan pendaftaran syarikat atau koperasi.

“Cukai jalan perlu diperbaharui, begitu juga pendaftaran entiti perniagaan dan koperasi.

“Proses pertama adalah permohonan melalui portal untuk mendapatkan kelulusan SKDS.

“Jika dokumen lengkap, dalam tempoh beberapa jam kelulusan boleh diperoleh dan dicetak.

“Proses kedua ialah mendapatkan fleet card daripada syarikat minyak dan ini mengambil masa sekitar tujuh hingga 14 hari.

“Jadi, kita harap permohonan dibuat segera supaya manfaat subsidi,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan turut mengingatkan kepada semua syarikat yang berkenaan untuk memohon fleet card daripada syarikat minyak seperti Shell, Petronas dan Petron di Sabah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula