United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

KOBBIE Mainoo muncul wira Manchester United apabila meledak gol kemenangan 3-2 ke atas musuh tradisi, Liverpool, sekali gus mengesahkan kepulangan The Red Devils ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas dua tahun tersisih.

Dalam aksi penuh mendebarkan di Old Trafford, Mainoo mencuri tumpuan apabila melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-77 bagi menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah.

Kemenangan itu menyaksikan United yang kini menghuni tangga ketiga liga mengumpul 64 mata dengan hanya tiga perlawanan berbaki dan jumlah mata itu menjamin tempat mereka ke UCL musim depan.

United bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Matheus Cunha sebelum Benjamin Sesko menggandakan kelebihan lapan minit kemudian untuk meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Bagaimanapun, Liverpool bangkit pada babak kedua selepas kesilapan pemain United dan membuka ruang buat Dominik Szoboszlai merapatkan jurang pada minit ke-47 sebelum Cody Gakpo menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Mainoo tampil tenang menyempurnakan peluang keemasan untuk memastikan kemenangan memihak kepada United.

Jaringan tersebut bukan sahaja menundukkan seteru utama, malah mengangkat semula maruah United untuk kembali bersaing di pentas tertinggi bola sepak Eropah musim depan.

Related Posts

Gol Gyokeres bantu Arsenal kembali kuasai EPL

VIKTOR Gyokeres dan Bukayo Saka membantu Arsenal membelasah Fulham 3-0 untuk terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Skuad kendalian Mikel Arteta itu meledak tiga gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah menegaskan dia berasa tenang dengan keputusan meninggalkan kelab itu pada akhir musim dan berbuat demikian mengikut kehendaknya sendiri, lapor PA Media. Pemain antarabangsa Mesir itu akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan