United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

KOBBIE Mainoo muncul wira Manchester United apabila meledak gol kemenangan 3-2 ke atas musuh tradisi, Liverpool, sekali gus mengesahkan kepulangan The Red Devils ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas dua tahun tersisih.

Dalam aksi penuh mendebarkan di Old Trafford, Mainoo mencuri tumpuan apabila melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-77 bagi menghadiahkan tiga mata berharga buat tuan rumah.

Kemenangan itu menyaksikan United yang kini menghuni tangga ketiga liga mengumpul 64 mata dengan hanya tiga perlawanan berbaki dan jumlah mata itu menjamin tempat mereka ke UCL musim depan.

United bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Matheus Cunha sebelum Benjamin Sesko menggandakan kelebihan lapan minit kemudian untuk meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Bagaimanapun, Liverpool bangkit pada babak kedua selepas kesilapan pemain United dan membuka ruang buat Dominik Szoboszlai merapatkan jurang pada minit ke-47 sebelum Cody Gakpo menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Mainoo tampil tenang menyempurnakan peluang keemasan untuk memastikan kemenangan memihak kepada United.

Jaringan tersebut bukan sahaja menundukkan seteru utama, malah mengangkat semula maruah United untuk kembali bersaing di pentas tertinggi bola sepak Eropah musim depan.

Related Posts

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

HARRY Kane meraikan penampilan ke-125 bersama England dengan dua gol ketika skuad kendalian Thomas Tuchel menewaskan Republik Czech 3-0 pada aksi Liga Negara-Negara di Wembley, awal pagi tadi. Kemenangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun