UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

KUALA LUMPUR – UMNO akan menggunakan pendekatan ‘di luar kotak’ termasuk kaedah komunikasi bukan lisan, bagi menarik sokongan pengundi muda yang kini menjadi kumpulan majoriti dalam landskap politik negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hakikat itu perlu diterima memandangkan pengundi berusia bawah 40 tahun, termasuk kumpulan pengundi 18 tahun (Undi18) bersifat lebih terbuka dan tidak lagi terikat kepada kesetiaan terhadap sesebuah parti semata-mata.

“Mereka sangat berfikiran terbuka dan mereka tidak memilih parti sebenarnya. Mereka memilih calon dan memilih siapa yang boleh membawa agenda untuk mereka garap.

“Ertinya apa yang dapat mereka peroleh daripada memilih calon-calon yang mereka minati,” katanya secara dalam sesi temu bual khas dengan Bernama sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80 di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, strategi itu penting, memandangkan trend pengundian kini berubah dengan pengundi lebih cenderung menilai kualiti perkhidmatan dan personaliti calon, berbanding latar belakang organisasi politik diwakili.

Menyentuh strategi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), tidak menolak kemungkinan untuk bertanding secara ‘solo’, namun tetap membuka ruang kerjasama bagi mengelakkan pertindihan kerusi dengan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, realiti politik semasa, memperlihatkan sukar bagi mana-mana parti atau gabungan untuk muncul dominan dan membentuk kerajaan secara bersendirian tanpa sokongan pihak lain.

“Sebab itu saya sebutkan tentang soal ‘solo’ tadi, (saya) tidak menolak untuk kita bekerjasama supaya tidak berlaku pertindihan kerusi, walaupun kita pergi solo. Dalam soal ini, bukan kita menolak mana-mana parti gabungan ya,” katanya.

Mengambil iktibar daripada situasi Parlimen tergantung selepas PRU15, Ahmad Zahid menyifatkan pembentukan Kerajaan Perpaduan sebagai realiti yang perlu diterima demi kestabilan negara, meskipun pada awalnya wujud pelbagai persepsi terhadap kerjasama itu.

“Perkara sebegini mungkin akan berlaku lagi dan saya tidak nampak yang dalam PRU16 ada mana-mana parti gabungan itu dominan dan boleh membentuk kerajaan sendiri. Itu hakikat yang harus kita akui,” katanya.

Related Posts

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PERKEMBANGAN terkini dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menimbulkan persoalan besar yang perlu dijawab oleh Pas, iaitu sama ada parti itu benar-benar berkeupayaan memimpin sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan