Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

KUALA KANGSAR – Jenazah mangsa kes bunuh kejam dengan 61 kesan tikaman, Nurfisya Zulkifly, 19, selamat dikebumikan sekitar jam 5 pagi, Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor, dekat sini.

Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu sebelum ini dibawa pulang ke kampung halaman selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Tinjauan media di kediaman keluarga mangsa di Kampung Batu Jarau, Karai melaporkan suasana pilu menyelubungi ahli keluarga yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Seorang wakil keluarga memaklumkan mereka belum bersedia untuk berkongsi sebarang kenyataan dan memohon diberikan ruang untuk bertenang.

“Bagi kami ruang. Ibu bapa mangsa masih terkejut dan belum bersedia untuk bercakap.

“Mereka tidak mampu untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini dan memohon diberi sedikit masa untuk berehat serta menenangkan diri,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di atas jalan di Kampung Simah, Ketereh, berhampiran kawasan sawah padi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, mangsa ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan menyayat hati dengan 61 kesan tikaman pada badan, leher dan muka.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Foto: Berita Harian

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar