Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru kepimpinan syarikat korporat agar menunjukkan keprihatinan dan ihsan terhadap pekerja dengan mempertimbang kenaikan gaji demi menjaga kebajikan mereka serta meningkatkan produktiviti organisasi.

Beliau berkata, walaupun kerajaan berupaya menggubal dasar kenaikan gaji melalui perundangan, pelaksanaannya dalam sektor swasta berdepan cabaran kerana sistem sedia ada tidak menyediakan formula yang mudah untuk dilaksanakan.

“Kita mahu pekerja disiplin, produktiviti tinggi. Itu tanggungjawab pekerja di semua peringkat. Kita mahu negara ini bersih, maka tukang sapu sampah dan tukang cuci bekerja.

“Jadi bolehkah kita renungkan, ketuk pintu hati dan tanya, apakah mereka ini diberi perhatian dan keadilan secukupnya?

“Saya ingin menggunakan ruang ini di depan pekerja untuk mengingatkan semua, jika kita mahu pertahankan negara ini supaya aman, lebih inklusif, ia harus ada jiwa ihsan dalam konsep Negara MADANI.

“Saya tidak mengusulkan supaya upah diberikan ganjaran sehingga menyebabkan syarikat itu rugi dan kehilangan daya saing. Saya hanya mengusulkan supaya pimpinan negara, pimpinan syarikat itu lebih prihatin dan mempunyai ihsan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja 2026 yang bertemakan “Pekerja MADANI Kesuma Negara”.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan; barisan menteri Kabinet serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menurut beliau, Kerajaan MADANI terus memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan gaji dan kebajikan pekerja, termasuk melalui pelaksanaan Dasar Gaji Minimum serta Akta Pekerja Gig 2025.

“Pemimpin kesatuan, rakan-rakan di situ, nak dapatkan keputusan gaji minimum, bahas selama tujuh tahun. Nak naikkan dari RM1,200 ke RM1,500, itu pelbagai masalah dibangkitkan.

“Syarikat besar kata kita tidak mampu, kita akan jadi miskin kerana gaji naik sedikit tapi alhamdulillah, barisan pimpinan hari ini menyatakan, mesti naik dan kita hadapi, maka naik RM1,500,” katanya.

Related Posts

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

RAWANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan apabila Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM