Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

MUAR – Usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu banjir terus diperkukuh menerusi pemantauan rapi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 yang kini sedang giat dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, berkata lawatan turun padang dilakukan bagi meninjau sendiri perkembangan semasa projek berimpak tinggi itu, selain memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan memberi manfaat langsung kepada rakyat di kawasan terjejas.

Menurut beliau, projek sepanjang 25 kilometer dengan kos keseluruhan hampir RM559 juta itu telah memulakan kerja selepas pemilikan tapak pada 23 Julai 2024 dan menjadi antara inisiatif penting dalam mengurangkan risiko banjir yang sering membelenggu penduduk sekitar Sungai Muar setiap kali musim hujan lebat.

“Lawatan ini penting untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan, selain mendengar taklimat teknikal daripada pihak pelaksana mengenai kemajuan serta cabaran semasa projek,” katanya.

Tambah beliau, antara skop utama projek termasuk kerja-kerja pembersihan tapak, kerja tanah, pelebaran dan pendalaman sungai, selain pembinaan laluan pintasan (bypass) serta benteng bagi mengawal aliran air secara lebih sistematik dan berkesan.

Beliau menjelaskan, apabila siap sepenuhnya pada Julai 2029, projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 22,000 penduduk, khususnya di Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh dan Kampung Chodan.

“Ini bukan sekadar projek teknikal, tetapi melibatkan keselamatan dan kehidupan harian rakyat. Kita mahu pastikan ia benar-benar berfungsi seperti yang dirancang,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja siap mengikut jadual, malah mampu menyelesaikan masalah sebenar rakyat.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas