89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 80 111 114 103 114 97 109 32 84 101 109 117 32 65 110 119 97 114 32 100 97 110 32 77 97 106 108 105 115 32 80 101 108 117 110 99 117 114 97 110 32 80 101 109 98 105 110 97 97 110 32 66 97 110 103 117 110 97 110 32 66 97 104 97 114 117 32 85 110 105 118 101 114 115 105 116 105 32 85 67 83 73 32 100 105 32 75 117 97 108 97 32 7
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mutu universiti menjadi faktor penting dalam menentukan masa depan generasi, justeru institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu memastikan standard kecemerlangan terus dipelihara.
Beliau berkata, kegagalan mengekalkan kualiti pendidikan berisiko menjadikan universiti sekadar tempat pengeluaran sijil tanpa nilai sebenar.
“Ini (universiti jadi kilang mengeluarkan sijil tidak bermutu) akan memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang.
“Sebab itu kita tekankan soal mutu dalam pelbagai bidang,” katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar serta merasmikan bangunan baharu kampus UCSI University di sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pada masa sama, beliau berkata Malaysia terus menjadi antara destinasi utama pelajar antarabangsa dengan kira-kira 160,000 pelajar asing kini menuntut di universiti tempatan.
Menurutnya, jumlah itu mencerminkan tahap keyakinan global terhadap sistem pendidikan negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata sistem pendidikan perlu seimbang antara kemajuan teknologi dan pembinaan nilai kemanusiaan.
“Sebab itu saya tertarik dengan pendekatan di universiti ini (UCSI) dan tempat lain. Mengikut pendekatan kita, sementara kita menggapai yang di langit, iaitu teknologi dan AI.
“Kita tidak boleh meninggalkan landasan, dan landasan itu adalah budaya, sahsiah atau keperibadian, nilai, etika atau akhlak kita. Kerana ia meletakkan kita ini unik dan istimewa.
“Jadi kita harus mengejar kedua-duanya. Dalam sistem pendidikan kita, sementara kita mengejar sekali lagi teknologi baharu, sains dan AI, maka soal seni dan budaya, muzik, kesenian, kebudayaan dan pertimbangan penekanan mengenai nilai sangat penting,” katanya.
Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak dan berdaya saing.


