Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

PUTRAJAYA – Isu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sumbangan awam kini mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan keyakinan untuk menunaikan zakat melalui saluran tertentu.

Pendedahan kes berprofil tinggi melibatkan pembekuan akaun serta penyitaan aset oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencetuskan persepsi negatif yang berpotensi menjejaskan kepercayaan pembayar zakat.

Namun di sebalik kebimbangan itu, Professor Emeritus Dr Mohd Nazari Ismail dari Universiti Malaya (UM) menjelaskan bahawa mekanisme yang digunakan dalam pengagihan zakat sebelum ini sebenarnya dilaksanakan mengikut saluran sah serta mendapat pengiktirafan pihak berautoriti agama.

Beliau yang juga merupakan Ahli Ikram Hulu Selangor (Ikram HS) memaklumkan, maklumat yang tersebar di media sosial berhubung kes tersebut tidak menggambarkan keseluruhan situasi sebenar.

“Majlis Agama Perlis (MAIP) mempunyai skim pembayaran zakat yang dipanggil Taawun’ di mana pembayar zakat boleh meminta 60 peratus daripada pembayaran zakat mereka dihantar kepada mana-mana NGO yang mereka lantik untuk menerima zakat di bawah salah satu kategori Asnaf, yang dipanggil Fiisabilillah’.

“NGO tersebut kemudiannya akan mengembalikan 20 peratus kepada pembayar zakat untuk diagihkan semula kepada sesiapa sahaja (seperti ahli keluarga atau rakan-rakan) yang difikirkannya layak menerima zakat.  Salah satu NGO yang dicalonkan untuk menerima wang zakat tersebut ialah Ikram HS.

“Orang utama yang disiasat, Encik F, ialah fasilitator untuk skim melibatkan Ikram HS. Beliau telah bekerja keras selama 20 tahun untuk menggalakkan orang ramai membayar zakat kepada MAIP dan telah mengesyorkan agar mereka mencalonkan Ikram HS untuk menerima 60 peratus,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Sehubungan itu, Mohd Nazari berkata, tidak hairan pelbagai pihak berminat dengan skim tersebut kerana mereka boleh mendapat balik 20 peratus dari bayaran zakat mereka untuk diagihkan kepada sanak saudara dan kawan-kawan fakir dan miskin yang layak menerima zakat.

Menurut beliau, NGO terlibat berfungsi sebagai penerima zakat yang sah dan menggunakan dana tersebut bagi tujuan kebajikan termasuk aktiviti dakwah, pendidikan serta pembangunan masyarakat.

“IKRAM HS juga memberi Encik F sebanyak 6.25 peratus daripada wang yang diterima daripada MAIP untuk menggalakkannya meneruskan usahanya yang mengagumkan. Itulah caranya dia menjadi sangat kaya. Boleh lah kira sendiri 6.25 peratus daripada RM2 bilion. Mesti banyak kan? Namun perkara yang paling penting ialah ia adalah halal menurut Mufti Perlis.

“Saya dimaklumkan bahawa Encik F dan kepimpinan Ikram HS sentiasa berunding dengan MAIP untuk memastikan MAIP berpuas hati dengan pengagihan dana zakat yang mereka perolehi, serta peratusan wang yang diberikan kepada Encik F. Pertemuan terakhir mereka dengan MAIP adalah dua minggu lepas.

“Saya ulangi, Mufti Perlis dan Majlis Agama Perlis kedua-duanya mengatakan bahawa semua yang mereka lakukan adalah halal dan tidak bertentangan dengar Syarak. Juruaudit Ikram HS mengatakan bahawa semuanya mengikut undang-undang. Bahkan Ikram HS melantik juruaudit luaran untuk mengaudit buku kewangan mereka,” katanya.

Sehubungan itu,  Mohd Nazari mengakui isu yang timbul ketika ini boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan pembayar zakat, terutama apabila melibatkan angka besar serta gaya hidup individu yang disiasat.

“Apabila perkara seperti ini berlaku, sudah tentu orang ramai akan lebih berhati-hati, malah mungkin ada yang menjadi ragu-ragu untuk menunaikan zakat melalui saluran tertentu.

“Namun, kita tidak boleh terus membuat kesimpulan bahawa keseluruhan sistem itu bermasalah,” katanya.

Terdahulu, Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainol Abidin menjelaskan bahawa pengurusan zakat di Perlis tidak melibatkan Jabatan Mufti Perlis kerana pentadbiran zakat terletak di bawah bidang kuasa MAIPs.

Namun, beliau yang dikenali sebagai Dr Maza berkata, NGO yang dikaitkan dengan isu tersebut merupakan penerima zakat di bawah kategori asnaf fisabilillah berdasarkan aktiviti dakwah dan pendidikan yang dijalankan.

Dr. Maza menambah berdasarkan maklumat daripada MAIPs, NGO tersebut menerima zakat atas cadangan penyumbang zakat selepas kelayakan mereka dinilai selain agensi itu juga sentiasa meminta laporan aktiviti daripada organisasi tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bahawa pejabatnya telah “menghalalkan” semua perkara yang dilakukan oleh NGO berkenaan seperti didakwa oleh Mohd Nazari.

Related Posts

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan kehakimannya bagi mendapatkan perintah supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

KUALA LUMPUR – Sistem keterjaminan makanan negara perlu terus diperkukuh agar petani kekal terbela dan bekalan makanan mencukupi dalam berdepan krisis bekalan global. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah