324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM1.37 juta bagi pemberian insentif khas kepada 324 pesara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 2025.

Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, setiap pesara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan ditetapkan akan menerima insentif khas berjumlah RM4,000 sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat kepada rakyat serta negeri ini.

Menurut beliau, pemberian tersebut akan disalurkan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP), manakala setiap penerima turut menerima cenderamata persaraan bernilai RM600 sebagai simbol penghargaan dan kenang-kenangan atas khidmat bakti mereka dalam sektor awam.

“Secara keseluruhan, seramai 324 pesara layak menerima pemberian insentif bagi tahun 2025 melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.37 juta.

“Pemberian ini akan disalurkan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dan menyantuni wakil pesara Kerajaan Negeri Perak yang menamatkan perkhidmatan pada tahun lalu dalam Majlis Penghargaan Pesara sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak di sini pada Isnin.

Saarani berkata, inisiatif berkenaan membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menghargai sumbangan penjawat awam yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pentadbiran negeri sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Menurutnya, para pesara telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan komitmen demi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan berjalan dengan lancar, sekali gus menyumbang kepada kemajuan serta kesejahteraan rakyat Perak.

“Penghargaan ini adalah tanda terima kasih kerajaan negeri atas segala jasa yang telah dicurahkan.

“Sumbangan mereka amat bermakna dalam usaha membangunkan Perak ke arah kemajuan yang berterusan,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar semua pesara terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan menikmati kehidupan persaraan yang sejahtera bersama keluarga.

Inisiatif tersebut selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Perak untuk terus menjaga kebajikan bekas penjawat awam serta mengiktiraf sumbangan mereka dalam menjayakan agenda pembangunan negeri di bawah aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Foto : FB Saarani Mohamad

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik