Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

KOTA KINABALU – Sabah mengambil langkah strategik bagi memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang dengan memberi tumpuan kepada sekuriti makanan, infrastruktur logistik, dan penstabilan harga, susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM102 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 untuk pembangunan lima Lembah Pengeluaran Makanan serta projek berimpak tinggi dalam sektor ternakan dan tenusu. Usaha ini bertujuan mengurangkan kebergantungan import dan menstabilkan harga.

“Selain itu, penambahbaikan infrastruktur logistik seperti pembesaran Pelabuhan Sepanggar dijangka meningkatkan kecekapan rantaian bekalan serta mengurangkan kos pengangkutan bagi sektor perniagaan dan pengguna,” katanya ketika menjawab soalan ADUN di Dewan Undangan Negeri, di sini pada Isnin.

Menurutnya, pendekatan bersepadu turut melibatkan kerjasama dengan universiti tempatan dan agensi berkaitan bagi merangka pelan tindakan penstabilan harga yang lebih menyeluruh.

“Bagi menangani isu kos sara hidup secara langsung, kerajaan negeri mengekalkan harga bahan api bersubsidi serta memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung penyeludupan dan penyelewengan.

“Kerajaan juga meneruskan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) dan galakkan program Kebun Dapur untuk membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan harian, selain memberikan insentif bil elektrik dan diskaun kepada sektor strategik,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri akan terus memantau implikasi konflik global terhadap ekonomi Sabah dan mengambil tindakan berhemah dan responsif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan kebajikan rakyat terjamin.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

SARATOK – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun disyaki terlibat dalam kes curi dalam rumah di Kampung Melango Lama, Saratok, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan