Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengurusan dana kemanusiaan oleh badan bukan kerajaan (NGO) perlu diperkemas bagi mengelakkan berlakunya salah guna serta penyelewengan.

Perdana Menteri berkata, terdapat keperluan untuk memperketatkan kawalan terhadap kutipan dana yang melibatkan NGO susulan beberapa laporan ketirisan dan penyalahgunaan wang derma yang dibangkitkan sebelum ini.

“Banyak NGO banyak guna nama Islam, kutip dana puluhan juta dan kata nak bantu rakyat Palestin tetapi akhirnya belanjakan harta itu. Sekarang kita dengar kutipan dana khairat dan sebagainya tetapi beli kemudahan peribadi.

“Jadi harus ada peraturan lebih ketat kawal perbelanjaan mana-mana badan kebajikan, khairat, amanah atau yayasan yang kutip derma tetapi seleweng, nak kata rasuah bukan kerana mereka kutip derma secara sah, ada sijil.

“Ada NGO kutip derma RM100 juta, tetapi bantuan yang sampai hanya RM20 juta, selebihnya RM80 juta diambil sebagai kos operasi,” katanya pada sesi dialog sempena program Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan Enam di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di sini, hari ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,200 pelajar dan tetamu itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada IPG berkenaan.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan golongan muda supaya lebih celik geopolitik dan memahami realiti semasa dalam menghadapi cabaran ekonomi serta ketidaktentuan global.

Beliau berkata, anak muda perlu menilai maklumat secara menyeluruh dan tidak bergantung kepada sumber ringkas tanpa penelitian, khususnya berkaitan isu geopolitik yang memberi kesan langsung kepada negara.

“Sikap cepat menghukum atau membuat kesimpulan berdasarkan maklumat singkat adalah tidak sihat dan boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

“Ini bukan tanda kematangan atau keilmuan, kita mahu generasi yang berfikir, meneliti dan mempunyai adab dalam berbeza pandangan,” katanya.

Related Posts

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Unit Komunikasi Korporat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO