567 penumpang terkandas, feri hanyut dipukul angin kencang

KUALA PERLIS – Angin kencang menghanyutkan sebuah feri yang membawa 567 penumpang yang dalam perjalanan ke Pulau Langkawi sehingga terkandas di beting pasir berdekatan Terminal Feri Kuala Perlis.

Komander Zon Maritim Kuala Perlis, Mohd. Hashim Md. Zain berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.20 petang ketika angin kencang melanda perairan itu.

“Kami menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar mengenai insiden ini dan segera mengerahkan Bot Perkasa 1240 ke lokasi pada pukul 5.30 petang bagi memberikan bantuan dan melakukan pemantauan.

“Keadaan di atas feri Bahagia 168 terkawal, tiada kebocoran berlaku dan semua penumpang berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa janakuasa feri dimatikan sementara waktu dan pengusaha feri telah menguruskan bantuan makanan kepada penumpang dibantu oleh bot nelayan tempatan.

“Feri masih tersadai di atas beting pasir dan dijangka dapat bergerak semula ketika air pasang penuh pada jam 1 pagi esok,” tambahnya.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan, dan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Pasukan Polis Marin akan terus memantau situasi sehingga keadaan kembali pulih.

Dalam perkembangan terkini, feri berkenaan telah selamat bergerak pada pukul 9.30 malam setelah dibantu bot nelayan tempatan bernombor PFF 2039 Dan Bot Perkasa 1240.

Feri Bahagia 168 meneruskan pelayaran bergerak ke Pulau Langkawi untuk menghantar penumpang.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran