Pereka dalaman dibunuh kejam, 20 kesan tikaman

SEORANG pereka dalaman dibunuh kejam dengan 20 kesan tikaman pada tubuh badannya.

Peristiwa tragis itu berlaku di kediaman lelaki yang berusia 36 tahun di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata, pihaknya menerima satu laporan berkait kejadian itu pada jam 1 pagi daripada orang awam yang juga jiran mangsa.

Menurutnya, jiran itu menghubungi pihak polis selepas bimbang perkara buruk berlaku kepada mangsa selepas mendengar suara pergaduhan antara mangsa dan seorang individu, kira-kira jam 11 malam.

“Pengadu memaklumkan tidak melihat jirannya itu keluar dari rumah selepas pergaduhan dan bertindak menghubungi pihak polis.

“Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ke lokasi dan hasil pemeriksaan, menemui mangsa sudah meninggal dunia akibat ditikam dipercayai oleh individu yang belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki tempatan yang bekerja separuh masa sebagai pereka dalaman yang tinggal berseorangan di rumahnya yang baru dibeli pada tahun lepas.

“Hasil pemeriksaan awal, kita menganggarkan terdapat 20 kesan tikaman di beberapa anggota badan mangsa dengan lima kesan tikaman ditemui pada sebelah kiri rusuk yang dipercayai menyebabkan kematiannya.

“Enam lagi tikaman ditemui pada bahagian kepala dan sembilan tikaman pada kedua-dua pergelangan tangan.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
“Kita minta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya.

Justeru, Shahrulnizam berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat boleh dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya. -TMP

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh