Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Harun berkata, perkara itu demikian kerana Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain bertentangan dengan Perkara 10 hingga 12, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

“Saya ingin memaklumkan bahawa fungsi Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan berperanan sebagai badan penasihat atas perkara berkaitan adat istiadat orang Melayu termasuk berkaitan pemilihan dan perlucutan jawatan Undang Luak yang empat seperti diperuntukkan dalam perkara 16 UUTKNS, termasuk urusan pemberhentian seseorang undang luak daripada memegang pesaka mengikut adat luaknya mengikut Fasal 14 (3) undang-undang berkenaan.

“Dalam hubungan ini, pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong telah dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025.

“Pada sidang khas DKU pada 17 April lalu (Jumaat) bersetuju menasihat dan menerima kesepakatan Telaga Undang yang menerima pemberhentian Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

“Ia selaras dengan selaras Fasal 14(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 di atas sebab 33 sebab kesalahan berkaitan pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu Luak Sungei Ujong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan pemberhentian itu dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu Luak Sungei Ujong, dan telah dipersetujui dalam sidang khas DKU pada 17 April lalu.

Menurutnya, DKU berperanan sebagai badan penasihat dalam hal berkaitan adat Melayu termasuk urusan pelantikan dan pemberhentian Undang Luak, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 16 UUTKNS.

Amirudin turut menjelaskan bahawa tindakan menerima pemberhentian penyandang pesaka Undang Luak pernah dilaksanakan sebelum ini, termasuk kes melibatkan Undang Luak Johol ke-14, Datuk Mohammad Jan Abdul Ghani, yang diberhentikan pada 27 Mac 2016 atas 13 kesalahan berkaitan pesaka dan adat.

Terdahulu, Mubarak dilaporkan dilucutkan jawatan sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-10 selepas didakwa melanggar hukum syarak dan adat.

Pelucutan itu dibuat menerusi pengumuman rasmi oleh Tua Lembaga Waris di-Darat, Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim, selepas mendapat persetujuan serta keizinan Ibu Soko Klana Hulu dan Anak Waris Klana Hulu.

Menurut kenyataan rasmi, keputusan berkenaan dicapai susulan mesyuarat di Telaga Undang Sungei Ujong pada 1 April 2025.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa semua kesalahan berkenaan telah dilaporkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

PUTRAJAYA – Penurunan harga diesel bersubsidi yang diumumkan minggu lalu merupakan antara manfaat langsung hasil lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan, kata Jurucakap Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor sekali lagi menyaksikan isu agama dijadikan sebahagian daripada wacana politik. Menurut penganalisis politik, Ahmad Mursi berkata, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang