3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, insiden melibatkan dua lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing berumur antara 37 hingga 63 tahun.

Jelasnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai ditembak menggunakan senjata api jenis shotgun.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 71 tahun kira-kira jam 2 petang, sekitar 200 meter dari lokasi kejadian.

“Polis turut merampas sepucuk senjata api jenis shotgun buatan Benelli M/Super yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau memberitahu, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan memiliki lesen senjata api yang sah.

“Senjata api shotgun yang dimiliki suspek mempunyai kelulusan lesen dikeluarkan Polis Diraja Malaysia.

“Lesen senjata api dikeluarkan untuk menjaga musuh tanaman bukan untuk tujuan lain. Suspek mempunyai tanah pertanian yang melayakkan suspek memiliki senjata api,” katanya lagi.

Ab Rahman menjelaskan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati kes berkenaan tidak melibatkan unsur kongsi gelap atau keganasan, sebaliknya polis tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada masalah hutang peribadi.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Tinggi esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Polis Johor.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar