89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 109 112 101 110 103 101 114 117 115 105 107 97 110 32 109 101 115 121 117 97 114 97 116 32 98 101 114 115 97 109 97 32 97 103 101 110 115 105 32 112 101 109 98 97 110 103 117 110 97 110 32 66 117 109 105 112 117 116 101 114 97 32 100 105 32 80 101 114 100 97 110 97 32 80 117 116 114 97 44 32 80 117 116 114 97 106 97 121 97 46 32 49 55 32 65 1
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.
Perdana Menteri berkata, kerangka Ekonomi MADANI dirangka dengan matlamat untuk meningkatkan potensi pertumbuhan negara, memperbaiki taraf hidup rakyat serta memacu pembaharuan terutama dalam aspek tatakelola yang berintegriti.
Menurut beliau, kerajaan kini memberi penekanan kepada pelaksanaan dasar secara menyeluruh dan berkesan, bukan sekadar perbincangan tanpa tindakan, dengan memastikan setiap inisiatif diterjemahkan melalui dasar yang menepati keperluan semasa.
“Walhasil, Pejabat Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan akan menyusul dengan setiap institusi berkaitan bagi menetapkan inisiatif utama serta laporan kemajuan setiap suku tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan mesyuarat bersama institusi pelaburan Bumiputera bagi memperhalusi langkah lebih komprehensif dan berimpak tinggi dalam memperkasa agenda Bumiputera selaras dengan Ekonomi MADANI.
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan antara keutamaan yang diberi fokus termasuk mempercepat pelaburan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera serta memperkukuh sokongan kepada syarikat berpotensi tinggi agar mampu berkembang pesat dan berdaya saing.
“Pada masa sama, kita mahu melihat lebih banyak syarikat Bumiputera melangkah ke hadapan, termasuk mencapai sasaran 10 IPO baharu di Bursa Malaysia bagi tempoh 2026 hingga 2027,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan pembangunan modal insan yang berkualiti dalam menghadapi perubahan pesat landskap ekonomi global.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan menggesa peluasan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berpendapatan tinggi, di samping meningkatkan peluang pekerjaan serta memperkukuh mobiliti sosial terutama bagi golongan miskin dan belia.
“Agenda Bumiputera juga tidak boleh terhenti pada seminar serta pengumuman, dan mesti dijelmakan melalui hasil, peluang dan pencapaian yang dinikmati rakyat terbanyak,” katanya.


