Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber.

Pengamal undang-undang, Vigines Shanker berkata, inisiatif tersebut perlu dilihat dari sudut perlindungan, khususnya dalam mengekang pendedahan kepada kandungan tidak sesuai termasuk unsur eksploitasi seksual serta penyebaran maklumat tidak sahih.

“Jika dilihat dari sudut positif, ini merupakan satu langkah yang baik kerana kes melibatkan kanak-kanak kini semakin meningkat, termasuk kes fitnah dan penyalahgunaan media sosial,” katanya kepada The Malaysia Press pada Ahad.

Mengulas lanjut, Vigines berkata, perkembangan pesat teknologi menyebabkan kanak-kanak kini lebih terdedah kepada penggunaan peranti digital dan internet berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, antara cabaran utama ketika ini ialah akses tanpa had kepada kandungan dalam talian, terutama apabila algoritma media sosial tidak dikawal dengan baik.

“Jika algoritma tidak disusun atau tidak difokuskan kepada kandungan yang sesuai, kanak-kanak akan bebas mengakses pelbagai perkara seolah-olah tanpa sebarang sekatan,” katanya.

Sehubungan itu, Vigines menegaskan bahawa pelaksanaan dasar sekatan perlu dilakukan secara teliti dengan mengambil kira kesan kepada pengguna serta keseimbangan antara perlindungan dan kebebasan.

Selain itu, katanya, institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan dalam memperkukuh pengetahuan digital dalam kalangan pelajar.

Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan golongan remaja agar menggunakan media sosial secara berhemah memandangkan peningkatan kes melibatkan kanak-kanak, termasuk aktiviti tidak sah seperti penjualan barangan terlarang dan penyebaran kandungan melibatkan pihak ketiga.

“Media sosial sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium pembelajaran. Oleh itu, remaja perlu bijak menggunakan teknologi agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini,” katanya.

Tambah Vigines, walaupun akses tidak disekat sepenuhnya, kawalan bersasar adalah penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terus terjamin di ruang siber.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan dijangka melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun menjelang hujung Jun ini.

Beliau berkata, pelaksanaan langkah tersebut merupakan usaha memperkukuh perlindungan dalam talian terhadap golongan berkenaan, namun ia masih tertakluk kepada penelitian akhir sebelum dikuatkuasakan.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian