1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

SANDAKAN – Sebanyak 1,139 kilogram minyak masak peket bersubsidi bernilai RM2,747 disita dalam serbuan di sebuah rumah di sini, pada Khamis.

‎Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Sandakan, Joe Azmi Jamil berkata, serbuan dijalankan pada pukul 9.47 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan.

‎‎”Hasil risikan selama seminggu mendapati semua peket bersaiz satu kilogram itu disimpan di dalam sebuah bilik tanpa permit atau lesen sah.

“Seorang wanita berusia 20 tahun berada di lokasi ketika serbuan dan rakaman percakapannya telah diambil bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan KPDN Sandakan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan barang kawalan.

‎“Individu yang disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

‎“Bagi kesalahan berulang, denda boleh meningkat sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun,” katanya dalam satu kenyaan media, pada Jumaat.

‎Tambahnya, syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta dan meningkat sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

‎KPDN Sandakan akan terus memperkukuh pemantauan bagi memastikan bekalan yang bersubsidi sampai kepada golongan sasar.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan