Siasat lanjut kes kematian doktor hospital Lahad Datu

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan siasatan lanjut dibuat susulan kematian seorang pakar perubatan dari Hospital Lahad Datu, Sabah, Dr Tay Tien Yaa, yang didakwa akibat dibuli di tempat kerja.

Dr Dzulkefly berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi sama sekali terhadap sebarang perbuatan buli dan pendekatan sama juga sudah diamalkannya sejak 2018, ketika pertama kali beliau memegang jawatan menteri kesihatan.

Malah beliau berkata, pihaknya juga sedang meneliti beberapa aduan diterima sehingga kini berhubung insiden pembulian membabitkan doktor di negara ini.

“Kematian Dr Tay Tien Yaa mesti disusuli dengan siasatan lanjut… saya tiada toleransi terhadap insiden buli sejak 2018 lagi

“Saya akan tetap berpegang teguh pada dasar ini (beberapa kes lagi dalam tangan saya),” katanya melalui aplikasi X, hari ini.

Pada masa sama, Dr Dzulkefly berkata, semua kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhak mendapatkan suasana kerja yang selamat.

Semalam, tular satu muatnaik di Facebook yang memaklumkan seorang doktor yang ditemui mati di kediamannya di Lahad Datu, Sabah, pada 29 Ogos lalu, didakwa disebabkan tindakan bunuh diri, berikutan tidak tahan dibuli oleh ketua jabatannya.

Perkara itu didedahkan individu dipercayai adik mangsa, dikenali sebagai YS Tay yang mendakwa kakaknya – Dr Tay Tien Yaa – ditindas ketua jabatan selain menghadapi tekanan sepanjang bertugas di unitnya akibat beban kerja melampau.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022. Ahli Institut Integriti Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow