Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini.

Mereka adalah Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria; Penyelaras DUN Sungai Lembing, Datuk Safariah Awang Ngah dan Penyelaras DUN Panching, Hasrul Hafizan Mohd Din.

Laporan polis itu dibuat terhadap seorang pemimpin Pemuda Pas dari Maran, Salman Muhamad.

Salman menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook hujung minggu lalu mendakwa pengumuman Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkaitan peruntukan RM15,000 seminggu untuk membantu rakyat sebagai satu tindakan ‘merompak’ hasil pendapatan kerajaan negeri.

Mustaqim ketika ditemui selepas membuat laporan polis itu berkata, tindakan pemimpin muda dari Pas itu sangat mengecewakan dan berniat untuk mengelirukan rakyat.

“Ketika rakyat berdepan dengan tekanan kos sara hidup susulan konflik di Asia Barat, sepatutnya inisiatif kerajaan Pahang ini diberi sokongan.

“Namun, dia memilih untuk mempolitikkan perkara ini hingga menimbulkan persepsi kurang tepat dan mengelirukan,” katanya.

Beliau juga berharap Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran itu menilai semula pengumuman dibuat Wan Rosdy dan tidak terlalu cepat membuat kesimpulan.

Katanya, sebagai penyelaras DUN, mereka tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Pahang dan tidak boleh menggunakan peruntukan sesuka hati.

“Mungkin dia ingat duit (peruntukan) itu diberikan secara terus kepada Penyelaras DUN dan dia keliru atau tidak faham mengenai proses perlu dilalui dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang terkesan.

“Setiap peruntukan diterima mempunyai prosedur yang tertentu dan ia bukanlah bermakna kita berikan bantuan dalam bentuk kewangan.

“Perkara ini sebenarnya sudah dijelaskan Datuk Seri Menteri Besar… bentuk bantuan adalah barangan keperluan asas dan ia akan diagihkan berdasarkan maklumat yang setiap pejabat Penyelaras DUN miliki,” jelasnya.

Mustaqim dalam masa yang sama menasihati pemimpin pembangkang, terutamanya pimpinan muda Pas, supaya lebih cermat dan berhati-hati sebelum melemparkan tuduhan.

Katanya, sebagai orang Islam, adalah menjadi tanggungjawab untuk pimpinan Pas di Pahang untuk menyemak terlebih dahulu fakta dan mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan negeri supaya memahami hasrat sebenar setiap bantuan itu diperkenalkan.

“Saya harap perkara ini menjadi pengajaran berguna kepada dia dan juga pemimpin pembangkang yang lain,” tambahnya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit