Saya masih sihat, belum meninggal lagi – Abdul Halim

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Abdul Halim Ali menafikan khabar angin bahawa beliau telah meninggal dunia pagi tadi.

Sebaliknya, beliau memaklumkan dirinya masih lagi sihat dan meminta media supaya membuat semakan fakta sebelum mengeluarkan sebarang berita.

“Saya masih sihat, belum meninggal dunia lagi,” katanya kepada Berita Harian.

Menurutnya, beliau sedang bersenam bersama keluarganya di Taman Tasik Perdana.

“Saya terkejut mendengar berita mendakwa saya sudah meninggal dunia, sedangkan masih sihat.

“Saya pelik apabila pemberitaan dibuat tanpa pengesahan, sama ada daripada saya atau ahli keluarga terdekat.

“Saya menerima banyak mesej daripada kawan yang bertanya mengenai kesahihan berita itu.

“Saya berharap media boleh membuat semakan terlebih dahulu supaya keadaan seperti ini tidak berulang,” katanya yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar.

Urus Setia Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik dalam satu kenyataan turut memaklumkan berita kematian Abdul Halim adalah tidak benar.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022. Ahli Institut Integriti Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow